Permaisuri Agong seru kerajaan tubuh pusat latihan pesakit demensia

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar bersama Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (duduk, dua kiri) serta warga emas yang hadir pada Majlis Perasmian Hari Warga Emas Kebangsaan Tahun 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini. –fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyeru kerajaan menubuhkan pusat latihan khusus berkaitan penjagaan pesakit demensia.

Seri Paduka bertitah ini kerana penyakit yang dihidapi golongan warga emas itu memerlukan penjagaan yang rapi, justeru, latihan khusus kepada penjaga pesakit demensia wajar dilaksanakan.

“Saya menyeru kerajaan supaya membuat sesuatu mengenai demensia…mungkin boleh pergi (lawat) pusat sedemikian seperti di Sweden dan kemudian menubuhkannya di negara ini,” titah Seri Paduka.

Tunku Azizah bertitah demikian ketika berkenan berangkat mencemar duli dalam majlis perasmian Hari Warga Emas Kebangsaan 2022 di Dewan Tun Hussein, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka turut menasihati orang ramai terutamanya golongan warga emas untuk mengaktifkan diri melalui pelbagai aktiviti bermanfaat seperti menyertai program sukarelawan dalam usaha mengelak daripada menghidap demensia.

“Ingin saya kongsikan, saya ada mak saudara di Johor, berusia 90 tahun…baru-baru ini saya pulang ke Johor, mohon untuk menghadap tetapi mak cik saya cakap boleh datang tengah hari kerana pagi ada mesyuarat yang hendak dipengerusikan.

“Terbukti, usia tidak membataskannya untuk berkecimpung dalam persatuan-persatuan sukarelawan dan itu yang membuatkan mak cik saya tiada demensia kerana sentiasa aktif,” titah Tunku Azizah.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Timbalannya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

— BERNAMA

Original post: https://selangorkini.my/2022/10/permaisuri-agong-seru-kerajaan-tubuh-pusat-latihan-pesakit-demensia/

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Related Posts

Risks of elderly living alone

Prompted by choice to be independent, such lifestyle isolates individuals from access to help in emergencies BY RAJVINDER SINGH newsdesk@thesundaily.com PETALING JAYA: The public has been urged

Care more for home alone elders.

By ALLISON LAI and JUNAID IBRAHIM PETALING JAYA: In the last few months, there were almost 10 cases of elderly people found dead alone, which

◆独家◆ 谢德荣建议政府 1对1助长者医保金

(吉隆坡23日讯/独家报导)大马老龄组织联盟(MCOA)主席谢德荣认同,国内多数长者没有足够的医疗保险,而政府可以考虑提供一令吉对一令吉配对基金,来鼓励长者投保。 他说,很多长者现在都没有足够的退休金,更遑论支付保险。 “不只是医疗保险,长者在年老和需要被抚养时,获得长期护理也很重要。” 谢德荣 他举例,在韩国和日本,人们在工作后会扣除薪资支付保费,而政府都会补贴保险。 “为鼓励长者为医保和长期护理做好储蓄,政府可以考虑提供配对基金,也就是受保人每拿出一令吉,政府也会配对相同金额。” 谢德荣是今日接受《中国报》询问,针对成人护理品牌添宁(TENA)推出的2023年大马人口老龄化报告,显示59%受访长者,根本没有准备好应对任何的医疗需求一事,作出回应。 他也说,政府也可以鼓励长者保持活跃,让他们尽可能长时间维持健康体魄,这样就能有效减缓政府和个人的医疗保健成本。 他强调,储蓄是每个人开始工作时就要做的事,确保拥有足够的退休金是自己的责任,长者们必须确保他们在退休时能够享受财务自由,而不是依赖政府和家人。 “高昂的生活成本,已经让包括我们孩子在内的多数人难以养家糊口,所以我们不能强迫他们供养我们。 “身体健康的长者仍有赚钱养活自己的能力,保持健康和活跃才是长者们的出路。”